Friday, 3 February 2012

ayah dan ibu

>> Bila ibu kata dia teringat, kita jawab 'saya sibuklah'.
>> Bila ayah kata dia rindu, kita jawab 'nantilah hujung minggu'.
>> Bila ibu minta kita pulang, kita jawab 'saya belum ada kelapangan'.
>> Bila ayah minta kita singgah, kita jawab 'kerja belum selesai'.
>> Bila hati kita terguris, kita kata 'ibu memang tak pernah faham'.
>> Bila hati kita terhiris, kita kata 'ayah memang tak ambil kisah'.

Tetapi

>> Bila hati ibu kita terguris, ibu kata 'tak apa, dia masih muda'.
>> Bila hati ayah terhiris, ayah kata 'tak apa, belum sampai akalnya'.
>> Bila kita menangis tanda lapar, ibu berlari bagai hilang kaki.
>> Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
>> Bila kita sedih kerana gagal, ibu setia membekalkan cekal.
>> Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.


"YA ALLAH, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu, Amin. Sayangilah kedua ayah dan ibu anda selagi hayat dikandung badan.



kadang2 garang tapi baik hati :)

No comments:

Post a Comment